Skip to content

Belajar Buat Landing Page Dan Sales Funnel

Ya, Belajar buat landing page dan sales funnel tidak susah! Senjata jualan power ini tidak boleh diabaikan.

Kepentingan website (laman web), landing page dan sales funnel dalam dunia bisnes memang tidak dapat dinafikan selaras dengan perkembangan pesat dunia teknologi internet dan maklumat. Landing page merupakan titik permulaan untuk membuat jualan dan menjadikan prospek sebagai pelanggan kita.

Banyak platform sekarang yang menawarkan pembinaan landing page dan sales funnel. Rata-ratanya platform SaaS (cloud-based) yang memerlukan bayaran bulanan atau tahunan. Harganya boleh juga tahan dari puluhan US dollar sehingga ratusan US dollar sebulan. Untuk peniaga dan usahawan-usahawan yang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan, memang tidak ada masalah untuk membayar yuran bulanan, tetapi bagi ushawan yang baru hendak bermula atau berjinak-jinak dalam online marketing, harga $97 US dollar memang mahal, lagipun adakah ianya berbaloi dengan fungsi-fungsi yang ditawarkan?

Sebelum itu, mari kita kupas dan fahamkan apa hubungan antara website, landing page, dan sales funnel.

Hubungan Antara Website, Landing Page Dan Sales Funnel

Ketiga-tiga istillah website, landing page dan sales funnel sering disalahfahamkan. Untuk penggunaan secara lebih efektif, terdahulu kita perlu tahu dan fahami asas website, landing page dan sales funnel.

Apa Itu Website?

Website merupakan kumpulan laman web yang berkaitan dengan sesuatu topik, syarikat, atau apa-apa sahaja informasi yang biasanya diakses melalui nama domain (cth microsoft.com). Website biasanya mempunyai navigation menu untuk memudahkan pelawat mencari bahagian-bahagian atau topik tertentu. Ada website yang mempunyai hanya satu halaman (dikenali sebagai one-pager atau one-page website) dan ada yang mempunyai sehingga beribu-ribu halaman, semuanya bergantung kepafa skala website berkenaan. Dewasa ini, memang sudah biasa kad nama dicetak dengan alamat website. Ia jauh bebeza dari zaman 1990s dimana kad nama cuma tertera nama, jawatan, nombor telefon, bahkan nombor telex dan telefax pun boleh dijumpai.

dental website
Contoh website klinik pergigian
website contoh
Contoh website Microsoft

Apa Itu Landing Page

Landing page merupakan halaman yang dibina khusus untuk sesuatu tujuan. Landing page memberikan informasi khusus untuk sesuatu topik supaya pelanggan tidak perlu ke website utama dan tarcari-cari informasi yang mereka perlukan. Sebagai contoh, landing page diggunakan oleh syarikat untuk sesuatu produk atau servis baru yang bakal dilancarkan. Apabila prospek masuk ke landing page produk berkenaan, semua informasi, gambar, video dan sebagainya adalah berkaitan dengan produk tersebut.

opt in page
Contoh landing page (squeeze page)
landing page1
Contoh landing page produk jam tangan

Landing page juga digunakan oleh online marketer dalam sales funnel (i.e corong jualan) dimana prospek akan mengisi butiran mereka (seperti nama dan emel) sebelum dibawa ke fasa seterusnya. Halaman untuk tujuan sedemikian juga dipanggil squeeze page atau opt-in page.

Harus diingat bahawa landing page tidak semestinya dibina berasingan daripada website utama. Landing page untuk produk baru umpamanya, juga dibina sebahagian daripada website sedia ada dengan menggunakan header dan footer website utama.

Apa Pula Itu Sales Funnel Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

contoh sales funnel

Sales funnel (kadang-kala dikenali sebagai corong jualan) merupakan proses penjualan dimana ianya mengandungi fasa-fasa(tahap) berlainan untuk menggalakkan prospek menjadi pelanggan. Untuk senang difahami, ia merupakan strategi untuk sales closing. Dalam satu sales funnel yang simple, ia mengandungi sekurang-kurangnya 1 halaman. Sales funnel yang lebih kompleks mengandungi sekitar 5-15 halaman termasuk beberapa upsells, downsells, OTOs dan sebagainya.

belajar buat landing page
  • Landing page boleh dibina berasingan (secara standalone) dari website utama atau ia juga boleh dibina sebahagian daripada website utama. (pertindihan #1)
  • Landing page digunakan dalam sales funnel dan sales funnel memerlukan landing page untuk berfungsi (pertindihan #2)
  • opt-in page atau squeeze page merupakan subset kepada landing page

Kenapa Perlukan Sales Funnel?

Persoalannya, kenapa kita memerlukan sales funnel sedangkan kita boleh guna website untuk mendapatkan maklumat prospek tanpa bersusah payah buat funnel?

Tujuan utama menggunakan sales funnel adalah untuk mendapatkan lebih banyak jualan dan meningkatkan ROI. Ini dicapai melalui:

  • Mengetahui di fasa mana prospek berada
  • Susulan emel (susulan emel otomatik dan kempen emel newsletter)

Dengan mengetahui fasa semasa prospek, usahawan dapat mengambil tindakan untuk menghubungi prospek dan membuat susulan yang berkaitan. Susulan emel dapat dibuat melalui sistem automasi (automation system) secara bersasar. Maknanya bukan semua prospek mendapat emel yang sama, emel yang dihantar bergantung kepada produk yang prospek cari. Contohnya susulan emel yang berkaitan dengan Jam Tangan X iaitu jam tangan yang diminati prospek sahaja akan dihantar kepada prospek. Ini akan meningkatkan sales conversion untuk menghasilkan jualan.

Dengan menggunakan landing page biasa ataupun website, potensi untuk menjana jualan tidak dapat dioptimumkan kerana ia tidak mempunyai fasa-fasa jualan (seperti OTO, upsell, downsell, dan sebagainya).

Perbandingan Jualan (Sales Funnel Vs Tanpa Sales Funnel)

Sales funnel dapat merancakkan dan meningkatkan jualan produk atau servis.

Tanpa Sales Funnel

Contoh: Ubat Gigi X (Harga RM13.99)

Tanpa menggunakan sales funnel, setiap kali jualan berlaku, jumlah yang diperolehi dari setiap pelanggan untuk jualan Ubat Gigi X adalah RM13.99.

Sekiranya 100 pelanggan membeli ubat gigi tersebut, jumlah keuntungan adalah:

Jumlah Keuntungan: 100 pelanggan x RM13.99 = RM1399.00

Dengan Sales Funnel

Contoh: Ubat Gigi X (RM13.99), Upsell 1 Berus Gigi Magik (RM9.99), Upsell 2 Tali Floss Gigi Cantik (RM5.00)

Sekiranya 100 pelanggan membeli ubat gigi tersebut, 30% pelanggan membeli Upsell 1, dan 30% lagi pelanggan membeli Upsell 2, maka jumlah keuntungan adalah:

Berus Gigi: 100 pelanggan x RM13.99 = RM1399.00

Upsell 1: 30 pelanggan x RM9.99 = RM299.70

Upsell 2: 30 pelanggan x RM5.00 = RM150.00

Jumlah Keuntungan Keseluruhan: RM1848.70

Dalam contoh diatas, dengan mempunyai upsell dalam sales funnel, ia meningkatkan potensi keuntungan sehingga lebih 32% (banyak tu)

Memahami Fasa Dan Penggunaan AIDA

Sebut saja sales pipeline atau marketing funnel, sudah tentu tidak dapat elak daripada AIDA.

Model AIDA bertujuan untuk membantu penjual atau usahawan memahami dan menjejak pengguna dalam proses pembelian. Ia dicapai melalui

  • A = Attention (Perhatian)
  • I = Interest (Minat)
  • D = Desire (Keinginan)
  • A = Action (Tindakan)

Cara senang untuk mengingati dan memahami AIDA ini adalah melalui contoh berikut:

Siti ternampak iklan TV (Attention) tentang syampu anti-kelemumur baharu untuk wanita bertudung. Ia dikatakan lebih efektif berbanding syampu anti-kelemumur biasa. Memandangkan Siti adalah seorang wanita muslim berhijab, dia pun berminat lalu Siti pun buatlah research lanjut mengenai ciri-ciri dan faedah syampu ini.(Interest) Siti menjumpai beberapa jenama yang mengeluarkan syampu berkenaan dan setelah membaca semua informasi yang diberikan oleh jenama tersebut, Siti yakin syampu anti-kelemumur dapat membantunya. Maka Siti pun teringin untuk memiliki syampu anti-kelemumur (Desire). Siti pun terus pergi ke website shopping (bukak Shopee) dan terus membeli dan membuat bayaran secara kad kredit.(Action)

Dengan memahami AIDA ni, ia membantu kita mendapatkan lebih conversion dalam sales funnel kita.

Komponen Dalam Sales Funnel

  • Squeeze Page (juga dikenali sebagai opt-in page atau lead capture page) – Ia tidak asing lagi kepada online marketers dan rata-rata menggunakan squeeze page untuk mengumpul leads. Leads adalah pelawat yang memasukkan emel mereka dalam emel form yang disediakan (iaitu subscribe). Pelawat memasukkan emel kerana tertarik dengan tajuk squeeze page yang menjanjikan sesuatu (contohnya PDF yang mengajar cara hapuskan lipas dirumah tanpa membunuh!). Selain daripada squeeze page, usahawan-usahawan boleh menggunakan landing page yang memberi lebih banyak informasi mengenai produk yang dijual. Tujuannya satu saja, untuk mendapatkan emel pelawat supaya susulan lanjut dapat dilakukan.
  • Landing/Sales Page – Sales page ataupun surat jualan adalah umpama agen jualan (salesman) yang bekerja 24/7 tanpa henti. Bayangkan jika anda mempunyai seorang salesman yang rajin dan tak tahu mengenal penat lelah dimana dia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa rehat! Itulah sales page. Sales page menjual bagi pihak anda (usahawan) dengan objektif membawa lebih banyak jualan setiap masa. Ia tidak semestinya sales page anda sendiri, jikalau anda menjual produk affiliate (produk orang lain), anda boleh menggunakan sales page affiliate yang disediakan oleh pemilik produk tersebut.
  • Sistem Pemasaran Emel – ini merujuk kepada autoresponder atau email marketing system. Ia merupakan pangkalan data (database) dimana ia menyimpan emel customer yang memasuki sales funnel. Satu ciri penting yang duperlukan adalah business automation (automasi bisnes) dimana setiap prospek yang memasuki funnel akan dilayan secara otomatik. langkah yang diautomasikan termasuklah memasukkan emel prospek ke database yang tertentu, menambah tag, menghantar lead magnet dan banyak lagi. Ini penting kerana tanpa sistem automasi, sales funnel tidak lengkap.
  • Delivery/Thank you Page – Setelah pelawat memasukkan emel kedalam borang emel, lead magnet atau habuan yang dijanjikan akan dihantar secara otomatik dan terus kepada pelawat. Sekiranya pelawat membuat pembelian, ianya akan dihantar ke thank you page.
  • Upsell/Downsell – Seperti contoh terdahulu, upsell dan downsell sangat penting untuk meningkatkan jualan. Upsell merupakan tambahan kepada produk utama yang dijual. Sekiranya pelanggan tidak membeli upsell, maka downsell (dengan harga yang lebih rendah) akan ditunjukkan kepada pelanggan.

Kenapa Setiap Komponen Sales Funnel Penting?

Setiap komponen sales funnel seperti yang dihuraikan diatas saling melengkapi satu sama lain. Maknanya sales funnel anda tidak sempurna jika kekurangan komponen-komponen yang penting seperti sales page dan servis pemasaran emel.

Sekiranya anda kekurangan sistem pemasaran emel contohnya, leads atau prospek yang masukkan emel dalam squeeze page (atau landing page) tidak akan mendapat emel susulan dan ini akan mempengaruhi jualan. emel susulan dapat menjadikan prospek lebih mengenali dan biasa dengan anda, dan pada masa yang sama ia mengingatkan prospek untuk membeli produk anda tanpa hard sell.

Bergantung kepada situasi pemasaran yang dijalankan, tidak semua komponen akan digunapakai. Contohnya, pelancaran jam tangan baru lebih tumpul kepada penggunaan landing page produk, dan jarang menggunakan squeeze page.

Bina Landing Page Dan Sales Page Dengan Mudah Dan Cepat

Landing page produk sebenarnya adalah tak jauh bezanya dengan one-page website. kalau one-page website biasanya mempunyai Google maps dan contact form, Landing page untuk produk tidak mempunyai elemen tersebut. Fokus landing page produk adalah untuk memperkenalkan sesuatu produk dan mangajak orang ramai untuk membuat pembelian atau mendaftar minat mereka.

Seperti yang disebut diawal artikel, kebanyakkan perisian sekarang adalah berbentuk SaaS (cloud-based), dimana software tersebut dihoskan di cloud server diselenggara sepenuhnya oleh pihak software owner. pelanggan tidak perlu lagi membeli hosting sendiri atau membuat kerja-kerja penyelenggaraan, atau kemahiran teknikal server yang lain. Ia sangat mesra pengguna kerana untuk menggunakan perisian atau platform yang dilanggan, pengguna hanya perlu log masuk ke dalam website yang disediakan. Takda installation, setup, backup, maintenance, dan sebagainya.

Apakah Ciri-ciri Sales Funnel Dan Landing Page Builder yang Bagus?

Platform popular yang menyediakan landing page dan sales funnel builder termasuklah ClickFunnels, Kartra, Kajabi, dan beberapa software lagi seperti GrooveFunnels, Builderall, dan sebagainya. Untuk mencari platform yang paling sesuai dan bagus, sebagai pengguna, kita tidak sepatutnya membuat pertimbangan dengan hanya berdasarkan apa yang dinyatakan dalam surat jualan (sales letter) atau website jualan. Kita harus melihat dari beberapa sudut, termasuklah dari segi platform, kelajuan dan kelancaran, templates, mesra pengguna, bantuan support, dan juga harga.

Platform

Pertama, kita lihat dari segi platform yang yang digunakan. Seperti yang dihuraikan sebelum ini, platform Saas ataupun cloud-based adalan yang terbaik, terutamanya bagi pengguna yang tak arif pasal teknikal ataupun pengguna yang pandai tentang server dan kemahiran teknikal lain, tetapi memilih untuk option yang lebih senang. Dengan platform Saas, pengguna tidak perlu bimbang terhadap kesemua aspek teknikal dalam peyelenggaraan. Semua dijaga dan diselia oleh pihak platform berkenaan. Tak perlu runsing memikirkan cara nak buat backup, upgrade PHP versi baru dan macam-macam lagi.

Platform SaaS menjadi senang untuk diguna oleh sesiapa sahaja dan ianya juga sebab mengapa ramai pengguna WordPress memilih platform SaaS. WordPress merupakan platform open-source popular tetapi pengguna perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan teknikal supaya tak terceduk! Untuk pengetahuan, saya sendiri adalah pengguna WordPress dan memandangkan saya mempunyai background website dan WordPress, dan saya telah terlibat dengan WordPress sejak lebih 10 tahun dahulu, maka saya tidak kisah untuk terus menggunakannya.

Saya telah melalui banyak asam garam tatkala menggunakan WordPress, website tetiba tak boleh masuk, plugin clashed, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tahu macam mana nak fix atau betulkan balik masalah WordPress yang saya hadapi.

Kelajuan Dan Kelancaran

Kepentingan kelajuan dan juga kelancaran sesuatu platform memang tidak dapat dinafikan. Saya sendiri pernah menggunakan platform GrooveFunnels, Builderall dan beberapa lagi sales funnel builder berasaskan Plugin WordPress sebelum ini dan merasa sangat hampa. Ini kerana platform tersebut l.a.m.b.a.t…..ya. ianya sangat lambat dan tidak setangkas klik tetikus saya. Platform yang lagging memang menyusahkan dan melambatkan kerja.

Templates

Templates (templat) adalah sesuatu yang mustahak. Ini kerana bukan semua pengguna mahir dalam design dan bukan semua orang hendak bermula dari awal atau start from scratch. Kehadiran template untuk tujuan landing page, squeeze page, upsell, downsell, thank you page dan lain-lain memudahkan dan mempercepatkan kerja sekurang-kurangnya 10 kali ganda!

Mesra Pengguna

Tidak kira jenis perisian yang kita gunakan, ia mestilah mesra pengguna. Lihat contoh produk Microsoft Office termasuklah Word, Excel, PowerPoint, saya percaya kebanyakkan orang akan setuju bahawa perisian Microsoft Office ni memeng mesra pengguna. Sesiapa pun boleh pakai tanpa merujuk kepada manual pengguna. Itulah sebabnya landing page, dan sales funnel builder mesti senang digunakan, paparan penggunanya mestilah tidak complicated.

Bantuan Support

Tatkala kita sebagai pengguna menghadapi masalah berkaitan dengan platform, kita perlukan bantuan! Sebab itu bantuan support adalah penting. Bantuan hendaklah didatangkan dalam bentuk knowledge base, iaitu, pihak platform menyediakan help page yang mengandungi artikel-artikel untuk troubleshooting. Dan sekiranya masalah masih todak dapat diselesaikan, kita boleh menghubungi support team untuk tindakan lanjut.

Bantuan support yang bagus perlukan support team yang berilmu dan arif tentang platform mereka. Oleh itu, usah gembira sekiranya team support membalas emel atau chat anda dalam masa 1 minit tetapi ia tidak menjawab soalan ataupun menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, support team memanjangkan kes anda ke support team yang lain. Ia akan melambatkan proses penyelesaian masalah.

Support team yang effisien dan bagus akan membaca soalan atau masalah yang anda hadapi dan menyelesaikan dalam 1 emel, atau 2 emel sekiranya masalah yang dihadapi memerlukan lebih interaksi.

Harga

Harga memainkan peranan yang sangat penting. Harga platform adalah berbeza-beza dan secara puratanya, harga platform SaaS sekitar $97/bulan (lebih kurang RM400 sebulan). Harga ini agak tinggi memandangkan harga setahun hampir mencecah RM5000! (baca seterusnya untuk mengetahui platform yang saya rekomen dan anda tak perlu pun bayar sehingga $97 sebulan)

Apakah Platform Sales Funnel Dan Landing Page Yang Saya Syorkan?

Saya syorkan Systeme io (dibaca sebagai sistem i o). Systeme io atau nama singkatnya Systeme merupakan satu platform marketing yang sesuai untuk usahawan atau peniaga untuk bermula, atau mengembangkan bisnes sedia ada.

systeme logo

Ia memberikan akses kepada tools penting yang membolehkan usahawan-usahawan membina dan mencapai tujuan berikut:

  • Bina sales funnel
  • Bina landing page
  • Buat pemasaran emel
  • Buat laman web
  • Buat blog
  • Pengurusan program affiliate
  • Automasi bisnes
  • Buat kelas webinar evergreen
  • Buat kursus atas talian (online courses)
  • Jual produk atau servis

Dengan menggunakan Systeme, anda tidak perlu lagi membayar untuk servis berasingan seperti autoresponder, website builder, sales funnel builder, dan sebagainya. Semuanya perisian atau tools yang penting semuanya dapat diakses dalam satu platform.

yang pentingnya, Systeme memenuhi kesemua syarat dan ciri-ciri landing page dan sales funnel yang bagus – seperti yang dihuraikan sebelum ini.Platform nya memang pantas (laju giler), ianya adalah cloud-based (SaaS), paparan penggunanya mesra pengguna dan senang diggunakan, bantuan support memang tiada tandingan dengan support teamnya memang berilmu dan memahami platform Systeme dengan sebaik-baiknya. Soalan atau pemasalahan yang ditujukan dapat dijawab atau diatasi tanpa was-was. Dan harganya, memang yang terbaik.

Dengan hanya $27/bulan (atau lebih kurang RM110/sebulan) anda dapat menguruskan bisnes anda dalam satu dashboard. Anda akan dapat harga yang lebih murah (lebih kurang $19/bulan untuk Startup Plan) sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran tahunan.

Harga Systeme io

Klik sini untuk melihat halaman harga Systeme.

Cuba bandingkan dengan harga pesaing dalam industri landing page dan sales funnel builder (semua harga dibawah dalam USD):

Perbandingan Harga Kartra ClickFunnels Kajabi

Bagaimana Nak Bermula Dengan Systeme io?

3 langkah mudah untuk bermula dengan Systeme.

Langkah 1: Daftar akaun percuma di Systeme

Langkah 2: Log masuk ke dashboard akaun anda

Langkah 3: Mula bina landing page/sales funnel

Tutorial Bina Landing Page Dan Sales Funnel Dengan Systeme io – Cepat Dan Mudah

  1. Sekiranya anda belum log in masuk ke akaun Systeme anda, klik link login bahagian atas-kanan skrin dan masukkan emel dan password anda.
log in masuk akaun systeme

2. paparan utama dashboard memberikan statistik leads dan jualan anda. Dibahagian atas, anda akan lihat navigation menu. Klik menu Funnels untuk membina landing page dan sales funnel pertama anda. (landing page juga merupakan sebahagian daripada funnel, oleh itu pembinaan landing page adalah melaui proses yang hampir sama dengan funnel)

dashboard systeme
Funnel

3. Seterusnya, anda akan dibawa ke paparan seperti Funnels dibawah. (untuk akaun baru, ianya adalah kosong). Klik pada butang +Create dan masukkan nama funnel.

Bina Landing page baru

4. Anda boleh masukkan nama landing page (atau funnel) yang anda hendak bina (jangan risau, nama funnel boleh ditubah kemudian). untuk Funnel domain, pilih nama domain yang diberi oleh pihak Systeme (untuk menggunakan nama domain anda sendiri, anda boleh mengubahnya kemudian).

Untuk tujuan mengumpul nama/emel prospek (dengan membina squeeze page, landing page) anda boleh memilih pilihan pertama iaitu Build an audience. Dengan memilih Build an audience, anda boleh menjual dan menerima bayaran melalui PayPal/Stripe, jadi jangan risau.

bina funnel

Sekiranya anda hendak menerima bayaran (hanya berkenaan sekiranya anda ingin jual produk atau servis) anda boleh memilih matawang yang sesuai. (Ringgit jikalau market anda adalah orang Malaysia, atau USD kalau market anda adalah international)

matawang ringgit systeme io

5. Setelah dah siap membina kerangka funnel, anda akan dapat melihat nama funnel yang anda bina sebentar tadi. Klik pada link biru untuk memulakan pembinaan landing page.

funnel dibina

6. Paparan sebelah kiri adalah landing page yang anda telah bina (dalam istillah Systeme, ia dipanggil Funnel Steps). Jika ini adalah kali pertama anda masuk ke paparan funnel, paparan adalah kosong.

Dibahagian kanan, untuk setiap landing page, anda mempunyai option untuk Menyimpan (Save), untuk Previu, Edit, dan membuat salinan (duplication) page anda.

langkah landing page

7. Untuk memulakan pembinaan landing page (contoh squeeze page), klik paga butang + Create Step

create step

8. Anda akan diminta untuk memberi nama kepada landing page anda dan memilih step type atau page type. Untuk squeeze page, pilih Squeeze page dari menu, dan klik butang Save.

pilih page type

9. Seterusnya, anda ditunjukkan template untuk squeeze page. Pilih satu yang anda rasa sesuai dan berkenan. Lebih kurang 70 template yang anda boleh pilih.Untuk memilih, poin mouse anda pada template dan klik Select.

templat page

10. Langkah seterusnya, anda klik pada butang Edit (butang ketiga) untuk memulakan kerja mengedit landing page.

mengedit landing page

11. Landing page anda sedia untuk diedit. Bahagian kiri menempatkan elemen untuk anda membina landing page, ia termasuklah Button, Text, Headline, Image, Audio, dan banyak lagi. Bahagian kanan pula merupakan canvas untuk membina landing page.

Untuk memasukkan elemen ke landing page anda, anda hanya perlu klik pada elemen (contohnya Text) dan tarik ke bahagian canvas disebelah kanan. Anda hanya perlu lepaskan mouse di tempat atau posisi dimana anda hendak meletakkan elemen tersebut.

edit page

Anda juga boleh mengedit mana-mana elemen di canvas dengan hanya klik pada elemen tersebut. Contohnya, untuk mengedit teks “A Successful Online Business”, anda klik pada teks tersebut dan boleh terus edit. senangkan?

edit text

12. Untuk membuang mana-mana elemen yang tidak berkenaan, anda boleh pilih bahagian yang hendak dibuang, dan klik pada ikon tong sampah. (anda boleh buang section, row, dan elemen (cth text, image, dan sebagainya))

membuang section yang tidak berkaitan

13. Untuk squeeze page, saya perlu memasukkan borang atau subscription form untuk diisi oleh prospek. Apa yang perlu saya buat cuma klik dan tarik elemen Form input ke posisi dimana saya nak letak borang tersebut. Dalam tutorial ini, saya akan letakkan diatas butang biru.

masukkan form

14. Klik pada form untuk memilihnya, kemudian untuk Input type pada paparan sebelah kiri, pilih Email

Pilih emel

15. Seterusnya, anda perlu membina kempen emel baru supaya emel yang prospek masukkan dapat disimpan dalam sistem. Untuk membina kempen emel, mula-mula klik Save changes untuk meyimpan semua kerja-kerja yang dilakukan setakat ini. Kemudian klik pada Exit (ikon keluar)

Keluar

Pada menu utama, pilih EmailsCampaigns. Email campaign juga membolehkan anda menulis dan menyimpan susulan emel kepada prospek.

kempen emel systeme io

Pada paparan kempen emel, klik pada butang + Create untuk membina kempen baru (ini penting supaya anda dapat mengumpul nama emel yang prospek anda masukkan dalam squeeze page)

Bina kempen emel

Masukkan nama kempen emel dan klik Save Campaign

nama kempen emel

(Tips: anda boleh memasukkan seberapa banyak susulan emel (email follow-up) dengan klik pada nama kempen dan pilih Add an emel)

16. Seterusnya, anda juga boleh labelkan setiap prospek yang memasukkan emel mereka dengan menggunakan Tag. Tag ini berguna sekiranya anda membuat sales funnel yang mempunyai banyak langkah ataupun anda mempunyai beberapa landing page. Tags akan membolehkan anda mengetahui punca landing page mana yang prospek masuk dan bila menghantar emel, anda boleh sasarkan kepada sesuatu group atau audience sahaja.

Untuk membuat tag baru, di menu utama, klik pada Contacts – Tags

tags

Kemudian, klik pada Add a new tag (butang disebelah atas – kanan). Masukkan nama tag anda dan klik Save. (tips: masukkan nama pendek yang boleh anda kenalpasti)

Tambah Tag

17. Balik ke landing page yang anda bina sebentar tadi. Klik pada Funnels dan kemudian butang edit.

Klik untuk memilih butang Get Started dan pada paparan sebelah kiri, pilih Send form. Ini membolehkan emel prospek dimasukkan ke dalam pangkalan data (database).

send form

Untuk demo ini, saya pilih No redirection sebab saya tidak bina thank you page untuk tutorial ini, maknanya selepas prospek memasukkan emel dan tekan butang Get Started, prospek akan stay dekat squeeze page.

No redirection

Adakah ini cara terbaik? Tidak. Cara terbaik adalah supaya anda membina thank you page, supaya boleh redirect prospek ke thank you page (untuk redirect ke thank you page, anda harus memilih “To the next step” atau pilih “To a custom URL” dan option ini anda perlu masukkan URL thank you page.

redirection option

Ada 2 kebaikan membina thank you page:

  • Anda boleh letak offer yang berkaitan di thank you page, samada produk anda atau produk affiliate. Sekiranya prospek anda klik and membuat pembelian anda akan dapat meningkatkan keuntungan.
  • Anda boleh mengukur dan menjejak conversion dengan memasukkan tracking pixel atau tracking code. Dari data yang diterima, anda boleh buat retargeting atau remarketing menggunakan Google Ads/Facebook.

Satu lagi cara yang selalu digunakan adalah dengan membuat redirection terus ke affiliate sales page selepas prospek memasukkan emel mereka.

Automasikan Proses Tagging Dan Email Campaign Subscription

Setiap kali prospek memasukkan emel mereka di squeeze page, emel tersebut perlu dimasukkan ke dalam kempen emel (database) dan labelkan (iaitu tagging) emel tersebut supaya kita dapat membuat susulan dengan lebih berkesan.

Proses automasi ini dikenali sebagai Rule dan Workflow Automation.

Saya akan menggunakan Rule automation dalam tutorial ini.

Untuk memulakan rule automation, buka landing page (iaitu squeeze page) yang anda baru bina.

Klik pada tab Automation rules dan klik pada “Add Rule

automation rule

Klik “Funnel step form subscribe”

Funnel form subscribed

Klik butang Add action dan pilih “Subscribe to campaign

Actions
subscribe to campaign

Kemudian pilih kempen emel yang telah kita bina pada awal tadi, iaitu “Kempen Produk X“. Ingat untuk klik pada butang Save rule untuk menyimpan kesemua settings yang telah anda lakukan.

pilih kempen emel

Setelah selesai menambah automation rule untuk emel campaign, satu lagi adalah untuk kita labelkan emel (optional tapi digalakkan)

Merujuk kepada skrinshot yang sama diatas, klik pada butang Add action sekali lagi (kali ini untuk tagging).

Kali ini kita akan pilih “Add a tag”

add tag

Pilih tag “Prospek Produk X”. Klik butang Save rule. Sekarang kita sudah membina 2 automation rule iaitu subscribe to campaign dan add tag. Maka lengkaplah emel automasi kita.

pilih tag

Rumusan Apa Yang Telah Dibina

  • Bina Sales page dan landing page
  • Bina Tag dan kempen emel
  • Bina proses automasi (tagging dan email campaign)

Maka selesaikan sales funnel ringkas yang kita bina bersama. Setiap kali prospek memasukkan emel, maka emel prospek akan disimpan dalam kempen emel (database) dan pada masa yang sama, emel prospek akan dilabel.

Kesimpulan

Sales funnel memainkan peranan penting dalam bisnes online. Tanpa sales funnel, keuntungan tidak dapat dimaksimumkan. Proses pembinaan sales funnel dan landing page adalah mudah dengan teknolgi web drag-and-drop. Dengan template yang tersedia ada dalam platform Systeme, anda tidak perlu kemahiran design. Systeme merupakan platform yang sangat mesra pengguna, sistemnya sangat laju termasuk dengan semua ciri-ciri penting untuk sales funnel dan landing page. Harganya juga jauh lebih berbaloi dan mampu milik berbanding platform pesaing-pesaing yang lain.

Like and Share this: